PUTUS TUNANG HANYA SELEPAS BERGELAR 'OKU' - Nilam Himawari | Designer | Author | Blogger | Beauty Influencer
SUBTOTAL :

STAY WITH US

news
PUTUS TUNANG HANYA SELEPAS BERGELAR 'OKU'

PUTUS TUNANG HANYA SELEPAS BERGELAR 'OKU'

Short Description:

Product Description

SUMBER METRO
BERITA PENUH

Tiga kali putus tunang hanya selepas bergelar orang kurang upaya (OKU) menjadi sejarah pahit yang terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir selepas dua kali terbabit dengan kemalangan jalan raya dalam tempoh tiga tahun bermula dari 1995.
Kenangan memilukan itu dihadapi Wan Azizul Hashikim Wan Sulaiman, 49, yang kini bergantung sepenuhnya pada tongkat untuk bergerak dalam keadaan perlahan meneruskan rutin harian sebagai pembantu tadbir di Pejabat Bahagian Pembangunan Jabatan Perhutanan Pahang, di Bukit Sekilau di sini.
Wan Azizul Hashikim berkata, walaupun tiada alasan diberikan tiga bekas tunang namun dia yakin status OKU menjadi sebab utama perhubungan diharapkan sampai jinjang pelamin terputus di tengah jalan.
Dia reda dengan apa yang berlaku kerana bukan mudah untuk seorang gadis menerima lelaki bergelar OKU sebagai pasangan hidup.

0 Reviews: