PISANG DAPAT KURUSKAN BADAN ? DIET PISANG - Nilam Himawari | Designer | Author | Blogger | Beauty Influencer
SUBTOTAL :

STAY WITH US

HEALTH
PISANG DAPAT KURUSKAN BADAN ? DIET PISANG

PISANG DAPAT KURUSKAN BADAN ? DIET PISANG

Short Description:

Product Description

Image from Facebook Sophia Safian



Perkongsian oleh Sophia Sufian ini boleh dijadikan sumber insirasi buat wanita-wanita, terutamanya ibu-ibu untuk mendapatkan berat ideal.

Dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 42 kg, wanita ini berjaya mengurangkan sebanyak 48 kg dalam masa 8 bulan sahaja yang pastinya boleh dijadikan ikutan semua.

Menariknya, dia mengamalkan diet pisang untuk mengurangkan rasa lapar. Jenis pisang yang digunakan adalah jenis Cavendish, dan paling sesuai dimakan ketika berdiet. Pisang ini bertindak sebagai sumber tenaga kerana kandungan karbohidrat sederhananya cukup untuk mengganjalkan perut seseorang itu.


KAEDAH YANG BAIK BEST BACA SINI 

KAEDAH PERTAMA

Cara Diet Pisang 

 Sarapan Pagi-Sebiji Pisang bersama air suam
 Makan Tengahari-Makan seperti biasa tetapi dengan portion yang kurang dari biasa dan sebaiknya hindari makanan berminyak dan tinggi kalori.
 Makan Malam-Sebiji Pisang bersama air suam



Siapa sini yang badan jenis rangka besar dan tinggi (163cm) lebih kurang macam saya cuba mengaku. Takpe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90 kilo ke atas pun.



"KALAU NIAT DAN SEMANGAT NAK KURUS, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS."



DALAM TEMPOH 8 BULAN ni akak dah berjaya loose dari waist 36 to 27 inch, dari 90 kilo to 48 kilogram.


TOTAL WEIGHT LOSS 42 KILOGRAM DALAM 8 BULAN, 27 KILO DALAM 3 BULAN PERTAMA.



1st step: WAJIB ADA "GENG KURUS" (Cara mudah ajak BFF kurus bersama).



2nd step: (sila baca penerangan di bawah)



DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2).



Jenis pisang: Cavendish.


Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer akak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya..


BANGUN PAGI:


1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidaklah mengejut buah pinggang awak tiba-tiba nak kena proses air manis dulu).



2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rasa macam kembang je dalam perut tu sebab pisang kaya dengan fiber).



3. Sarapan pagi boleh apply diet Atkins jika perlu. Akak pulak selang-selikan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo.
TENGAHARI:


1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari).


2. Boleh apply diet Atkins jika perlu. (Tapi akak ni anak dah 3 ada anak kecil lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi akak boleh menggigil. Jadi akak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar).

MAKAN MALAM SEBELUM 6PM.


1. Boleh apply diet Atkins jika perlu (akak pulak petang-petang macam ni akak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang aakak stop makan biskut. Ataupun petang-petang akak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh-bolehnya elakkan).



2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
Macam tu lah yang akak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, "Oh my God! Menjadi babe, reduce 5 kilo siapa nak kasi!"

Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni akak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.

TIPS PERUT KEMPIS: 


Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.



Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami).



Selamat mencuba! 



cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat, Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa akak boleh diet sampai sekarang. Kalau takde geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.

0 Reviews: